Dibuka pada tahun 1977, Felda Gunung Bongsu yang terletak di Karangan, Kedah menempatkan kira-kira 1,000 orang penduduk yang majoritinya berbangsa Melayu dan beragama Islam. Tanaman utama Felda ini adalah pokok getah.
Berdasarkan bentuk muka buminya yang berbukit-bukau, pola taburan penempatan di sini adalah secara berkelompok dan dibahagikan kepada beberapa blok. Setiap blok mempunyai ketuanya sendiri.
Antara tarikan utama di sini adalah Hutan Lipur Sg Sedim yang terletak di dalam Hutan Simpan Inas tidak jauh daripada tanah rancangan ini. Hutan Lipur ini juga dikenali sebagai tapak perkelahan Kerabat Di Raja Kedah.
Golongan wanita, belia, dan kanak-kanak di sini juga aktif dalam aktiviti kesukanan dan aktiviti sosial seperti kompang, gotong-royong dan sebagainya.
Antara pencapaian terbaik penduduk di felda ini adalah ;
• Wakil pasukan futsal peringkat wilayah
• Wakil pasukan kompang peringkat wilayah
salam. apa keistimewaan felda ni? saya nak buat kajian tentang felda kat gunung bongsu ni.. minta sedikit info tentang felda ni
ReplyDelete