Friday, 25 February 2011
kehidupan
penduduk di felda semuanya yg terdiri dr org melayu, hidup bermuafakat dan sentiasa tolong menolong antara satu sama lain..fenomena ini dpt kita lihat bila adanya kenduri, majlis2,..tidak kira peneroka mahupun penerokawati..setiap masalah diselesaikan bersama-sama.
Tuesday, 22 February 2011
kemudahan yg ada di felda gunung bongsu
Seperti felda lain,felda gunung bongsu jg menyediakan pelbagai kemudahan spt masjid,kedai,tadika,sekolah dan banyak lagi..felda ini mempunyai keunikan tersendiri iaitu bentuk muka bumi yg berbukit bukau..
Thursday, 17 February 2011
feldaku..
Dibuka pada tahun 1977, Felda Gunung Bongsu yang terletak di Karangan, Kedah menempatkan kira-kira 1,000 orang penduduk yang majoritinya berbangsa Melayu dan beragama Islam. Tanaman utama Felda ini adalah pokok getah.
Berdasarkan bentuk muka buminya yang berbukit-bukau, pola taburan penempatan di sini adalah secara berkelompok dan dibahagikan kepada beberapa blok. Setiap blok mempunyai ketuanya sendiri.
Antara tarikan utama di sini adalah Hutan Lipur Sg Sedim yang terletak di dalam Hutan Simpan Inas tidak jauh daripada tanah rancangan ini. Hutan Lipur ini juga dikenali sebagai tapak perkelahan Kerabat Di Raja Kedah.
Golongan wanita, belia, dan kanak-kanak di sini juga aktif dalam aktiviti kesukanan dan aktiviti sosial seperti kompang, gotong-royong dan sebagainya.
Antara pencapaian terbaik penduduk di felda ini adalah ;
• Wakil pasukan futsal peringkat wilayah
• Wakil pasukan kompang peringkat wilayah

Subscribe to:
Posts (Atom)